Saturday, 6 August 2016

(VIDEO) MAKIN DIHENTAM MAKIN GALAK ANAK PEREMPUAN NORMAH DAMANHURI BUAT VIDEO BERAKSI LUCAH.. APA LA NAK JADI DENGAN BUDAK NI, KORANG TENGOK LA SENDIRI...

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan video viral 'gelek maut' anak pelakon terkenal iaitu Ira Kaza, tetapi baru-baru ini anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri pula dikecam gara-gara beraksi lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram


Tahun lalu, anak perempuan Normah Damanhuri mencetuskan kontroversi dengan iklan yang dianggap "keterlaluan".

Kini anak perempuan Normah Damanhuri kembali mencuri perhatian orang ramai dengan iklan yang keterlaluan juga.

Liana Rosli, anak Normah telah tampil dengan aksi 'menggiurkan' ketika mempromosikan produk keluaran sendiri, Jus Sweet Dara.



Bagi Normah Damanhuri, apa yang dilakukan anaknya hanyalah sekadar gimik.

Ini komennya:

“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing.

“Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif. Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka.

“Kalau bukan dia yang nak memajukan perniagaan sendiri, siapa lagi? Dalam masa sama saya tetap menegur dan menasihati,”


“Saya tahu dia merakam video itu, tetapi tak sangka pula ia boleh menjadi viral. Apabila membaca setiap komen yang ditinggalkan peminat, saya malas nak ambil tahu. Bukan apa, saya pun pernah dikecam dengan peminat gara-gara isu tudung, tetapi saya tak suka nak menjawab. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat dan segala tindakan yang kita lakukan,” katanya lagi.







sumber : HMETRO

0 comments:

Post a Comment